Hari ibu ? Boleh ke umat islam menyambut ?
Friday 11 May 2012 20:16 | 0 Note
Assalamualaikum dan selamat pagi....barubaru ni perayaan hari ibu disambut di seluruh dunia.. tapi sebagai umat islam boleh ke kite menyambut nya? aku sendri sebelum taw pasal ni pun aku ade jugak menyambutnye tapi xde lah wat parti ke ape..just bagi hadiah je lah ... bukan nye niat aku ape just nak menghargai jasa mak aku yang sudah payah dari kecik sampai lah besar bersusah payah die membesarkan kite so... ini sedikit info yang aku dapat daripada laman sosial..harapharap boleh dijadikan panduan agar kite x ulang perkare yang xle dibuat...enjoy :) Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24] Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” |
Music To My Ears The Credits
Skin by :Awny|Aina
Background:photobucket Pictures :Weheartit | photobucket -->Pls Do not remove credits. <---- |